Kita sering terlepas dari memiliki sesuatu yang kita mahu. Sebaliknya, tanpa kita sedari Allah sering menggantikan sesuatu yang kita mahu dengan sesuatu yang kita perlu. Apa pun yang kita miliki sama ada kita mahu @ perlu, kita WAJIB bersyukur. Mungkin hari ini kita tidak memerlukannya. Siapa tahu, esok lusa kita sangat2 memerlukannya.. Bersangka Baik pada perancangan Allah. Kunci memiliki Hati yang Bahagia. ALHAMDULILLAH (>_<)
Sunday, 21 September 2014
HADI FEELING BABY
Kasut pre walker ni hakmilik Hadi masa Hadi baby. Sekarang dah tak muat. Maka diturunkan kepada adik Hakim yang berumur 6 bulan. Hadi yang sudah pandai berjalan sibuk dan menangis-nangis nak pakai kasut ni. Akhirnya ummi akur. Pakaikan juga pada Hadi. Mujur dia nak pakai sebelah je. Kalau sibuk nak pakai sepasang, pengsan! Risau tersungkur dalam rumah. Hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment