Friday 26 September 2014

Kasih Sayang adalah Anugerah!!!


Kasih sayang adalah anugerah yang diberikan oleh Sang Pencipta kepada setiap makhluk ciptaannya!

























Three of Us!!!

Ummi, Hadi dan Hakim















Nor Ilyas Al Hakim (turning 6 months old)































Membaca Jambatan Ilmu

Assalamua'laikum buat anak-anak, ummi...
Membaca jambatan ilmu tajuk entry kali ini. Ya, ummi mengharapkan anak-anak ummi adalah terdiri daripada generasi yang suka membaca. Jadikan membaca amalan kalian sepanjang hayat. Semoga dengan membaca kalian mendapat manfaat yang berguna. Ilmu menjadi penyuluh buat kehidupan kalian di dunia dan akhirat.
Salam sayang,
Ummi...




Kembara Ilmu Sem6

Hari ini 26 September 2014, sudah tamat minggu ketiga pengajian bagi semester ini. Maka, hanya berbaki satu minggu sahaja untuk saya menyudahkan penulisan bab ketiga. Saya memberi tempoh hanya dua minggu untuk menyiapkan bab 3 pada diri sendiri. Semoga dengan berbaki seminggu, saya berjaya menyiapkannya. Aamiin...

Monday 22 September 2014

Little Khalifah!!!

Berusahalah menjadi insan yang bijak dan cerdik di dalam kehidupan dunia dan akhirat...

JOM MAIN CAK CAK

Alhamdulillah.. Syukur di atas nikmat ini. Dikurniakan oleh Allah swt anak-anak yang sihat, cerdik dan cergas. Nikmat yang bukan semua orang boleh dapat. Walaupun ummi sibuk dengan persediaan menulis tesis, hilang tekanan ummi dengan gelagat anak-anak yang semakin hari semakin membahagiakan.






SEMOGA KAMU BERDUA MENJADI TEMAN TERBAIK BUAT UMMI DAN ABI

Sunday 21 September 2014

HADI FEELING BABY

Kasut pre walker ni hakmilik Hadi masa Hadi baby. Sekarang dah tak muat. Maka diturunkan kepada adik Hakim yang berumur 6 bulan. Hadi yang sudah pandai berjalan sibuk dan menangis-nangis nak pakai kasut ni. Akhirnya ummi akur. Pakaikan juga pada Hadi. Mujur dia nak pakai sebelah je. Kalau sibuk nak pakai sepasang, pengsan! Risau tersungkur dalam rumah. Hehe


Saturday 20 September 2014

HADI DAN AISKRIM

Assalamualaikum...
Hari ini buat pertama kalinya Hadi makan aiskrim. Walaupun aiskrim bukanlah makanan terbaik untuk Hadi, tapi ummi sangat suka bila Hadi menunjukkan minat untuk makan aiskrim. Sekurang-kurangnya Hadi tahu aiskrim itu sedap. Menangis- nangis Hadi tadi bila abi ambil baki aiskrim di tangannya. Sedap sangat la tue.. Hehehe







KERANA MANISNYA AISKRIM, HADI TERPIKAT... 
UMMI BAHAGIA!

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA


SEMOGA ANAK-ANAK UMMI MENJADIKAN BUDAYA MEMBACA SEBAGAI AMALAN MULIA.