Saturday 16 June 2012

Saya mahu...

Bismillahirrahmanirrahim....
Saya mahu? Apa yang saya mahu? Adakah apa yang saya mahu itu sesuatu yang saya perlu? SAYA MAHU APA YANG ORANG LAIN ADA...

Kemahuan saya terhadap apa yang orang lain ada akan membuahkan kesedihan dihati saya. Seringkali saya memujuk hati agar damai di hati ini terus berpanjangan. Seringkali saya mendidik hati agar bersangka baik pada setiap perancangan Allah untuk saya. Saya sering memupuk jiwa agar terus setia dalam kepercayaan terhadap Qada' dan qadar Allah.

Saya tidak boleh selalu melihat apa yang orang lain ada, apa yang terbaik untuk orang lain, adalah yang terbaik juga buat saya. Saya perlu belajar terima itu. Saya terima. Ya, saya terima itu. Tapi, hati ini sering berbolak-balik. Sekarang menerima, esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan, saya tak pasti. Yang saya pasti, DOA. Allah, kurniakan saya hati yang tetap dan istiqamah dalam menerima setiap ketetapanMu dalam hidupku. InsyaAllah.

Apapun, pandangan manusia, cemuhan manusia, saya tidak bisa menghalang. Saya boleh menafikan yang saya tidak berkecil hati, tetapi saya tidak boleh menipu diri sendiri yang saya langsung tidak terkesan dengan kata-kata dan cemuhan mereka. Saya memaafkan mereka. Tapi, saya tetap kecewa. Terkilan. Jangan menuduh saya dengan sesuatu yang bukan atas kemampuan dan kehendak saya. 

Suami saya memahami. Ibu saya memahami. Keluarga saya memahami. Ada juga beberapa rakan yang memahami. Alhamdulillah. Terima Kasih. Jasa kalian, tidak akan saya lupakan sampai hujung nyawa saya. Perjalanan hidup saya kini masih panjang. Jika Allah tidak kurniakan 'itu' pada saya buat masa ini, saya yakin dan percaya bahawa Allah akan hadiahkan sesuatu yang lebih baik untuk saya pada masa hadapan. Dia lebih tahu keutamaan dan keperluan saya buat masa ini. Wallaahua'lam...

My Daddy, My Hero

Esok merupakan hari ahad minggu ketiga bagi bulan Jun. Di Malaysia, sambutan hari bapa disambut pada setiap hari ahad minggu ketiga dalam bulan Jun setiap tahun. Makanya, hari ini adalah Hari Bapa (17Jun 2012). Walau bagaimanapun, saya bukanlah seorang yang sangat teruja dengan sambutan Hari Bapa ini. Sebabnya, bagi saya setiap hari adalah hari bapa, hari ibu and so on. Setiap masa perlu mengingati ibubapa dan sentiasa berusaha membahagiakan mereka.

 
Oleh kerana hari ini orang bercerita tentang hari Bapa, maka saya juga ingin mengambil peluang untuk menyatakan betapa saya sayang pada ayah saya. Dengan merujuk kepada tajuk entry ini adalah My Daddy, My Hero, ayah saya adalah kebanggaan saya. Besar perjuangannya dalam membantu saya untuk terus maju dalam hidup seterusnya bahagia di akhirat. Baru-baru ni, tiba-tiba saya teringat. Semasa saya di alam persekolahan, ayah saya menghantar dan menjemput saya pulang ke sekolah. Dia pasti akan bertanya apa sahaja perkara yang berlaku di sekolah. Saya tidak melepaskan peluang untuk bercerita apa sahaja yang berlaku di sekolah seperti markah peperiksaan/ujian, pergaulan dengan rakan-rakan, layanan guru-guru dan sebagainya.



Hee..kalau nak bercerita, tak pernah habis. Ayah bukan sahaja seorang ayah malah seorang kawan juga buat saya walaupun ayah seorang yang sangat tegas. hihihi. Sporting. Yeke? hehehe.. Jawapan sporting boleh kot saya kaitkan dengan ayah saya sedia menerima pilihan hati saya (walaupun sebenarnya perlu melalui banyak ujian sehingga lulus). Bawah ini buktinya. kiki. I LOVE YOU!!!



Thursday 14 June 2012

Sinar yang semakin menyerlahkan SinarNYA


Assalamua'laikum dan salam sejahtera...

Ni post pertama untuk tahun 2012. Sudah masuk pertengahan tahun 2012. Dalam tempoh 6 bulan ni, banyak perkara-perkara yang telah saya lalui sebagai seorang hamba Allah yang diberikan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk bekalan  kehidupan di dunia mahupun akhirat.

Tahun 2011 adalah tahun yang bermakna bagi hidup saya kerana status dan peranan saya bertambah iaitu menjadi seorang isteri. Tamat juga pengajian sebagai pelajar sarjana di UKM.


Walau bagaimanapun, kecintaan saya terhadap menuntut ilmu tidak tamat setelah saya bergelar seorang isteri. Sebaliknya pada awal Febuari lalu saya telah mendaftar menjadi seorang "calon Doktor Falsafah" di Institut Kajian Etnik (KITA). Saya juga ditawarkan bekerja sebagai Pembantu Penyelidik (RA) di tempat pengajian saya. Maka, inilah yang menjadi faktor utama saya langsung tidak meng'update' blog yg baru sahaja saya bina.


 Doakan saya berjaya menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai Hamba Pencipta,isteri, anak, ummi, adik, kakak, pelajar dan rakan yang menyenangkan dan membahagiakan. Aamiin...


Wednesday 13 June 2012

Rezeki Selepas Kahwin


Rezeki selepas kahwin.. emm...berapa ramai dh org ckp begitu pd kami..  sampai la yg jauh. Bila dgr cte ttg kami, itu yg keluar dr mulut, sanubari mereka lalu menghinggap telinga kecil kami.. Sedih, mmg sedih... Kami bukan sahaja menginginkan rezeki-rezeki yang lain, rezeki utk hidup bersama, sama-sama mencurah rasa pada insan yang halal buat kami pun, masih tidak berpeluang.
Pernah seorang pensyarah saya bertanya khabar tentang status saya. Saya berkongsi mna yg patut n sesuai utk dikongsi.. Akhirnya, satu sahaja ayat yang keluar dari mulut guru saya itu. "Rezeki lepas kahwin tu"..Terharu saya. Saya berkongsi pula dengan pihak sana, apa yg telah guru saya ungkapkan kpd saya. Dia hanya tersenyum, lantas memberi sepotong ayat buat saya. "Saya dah xmampu nk kira, sahabat-sahabat dan guru-guru yg memberi ayat yg sama buat saya". Sudah lima tahun kami menanti pada rezeki yang satu ini.