Saturday 19 November 2011

Bulan yang sepi punya memori indah

Assalamua'laikum.. sudah hampir 4 bulan rasanya tidak update blog nie.. Dh la baru create, update nye pn jarang2, mcm nk berkubur je blog ni. Sayang dgn blog ni, berhasrat ingin berkongsi sesuatu ynag boleh dibuat pengajaran pada masa akan dtg, pada family terutamanya.

Kesibukan yang melanda sebelum ni, memberi saya keterbatasan waktu untuk update d sni. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, pada 17 September 2011 bersamaan 19 Syawal 1432H saya selamat diijabkabulkan dgn pasangan pilihan hati sy iaiti En Nor Ismail bin Noridin.  Semoga rumhtgga yang dibina ini kekal bahgia selamanya.
Kemudian, pd 25 September 2011, sy pula telah melalui hari yang sgt bermakna iaitu Mjlis Konvokesyen UKM yang ke 39 sempena tamatnya pengajian saya dalam Ijazah Sarjana Sains Sosial (Sains Politik). Semoga saya akan terus maju dalam bidang pendidikan yang saya ceburi.

Jadi, 2 peristiwa penting yang sy nyatakan di atas adalah sebb utama blog ni sudah lma tidak di update. itu saja yang ingin sy kongsikan setakat ini. Doakan saya yer.. :)





Sunday 29 May 2011

Ujian dalam Khitbah @ Rezeki selepas Kahwin??! (Epi. 1)

Saya punya seorang teman dan sahabat yang sangat saya sayangi. Dia boleh saya namakan sebagai Dhiya. Dhiya seorang teman yang sangat cekal dalam perkiraan saya. Dhiya banyak berkongsi kisah suka duka bersama saya. Di sebalik perkongsian Dhiya dgn saya, terselit rasa kagum di hati melihat ketabahannya mengharungi segala ujian suka dan duka di dalam kehidupannya dalam usaha melontarkan cintanya pada yang hak, yakni kepada seorg lelaki bernama suami.
Ya, sehingga kini Dhiya masih bergelar tunangan. Hampir 2 tahun usia pertunangan mereka. Tidak siapa menduga baik di pihak Dhiya mahupun tunangannya bahwa mreka akan dikhitbah lebih dari setahun dan kini telah mencecah usia 2 tahun. Tidak pernah terlintas d hati Dhiya untuk hidup membujang dalam tempoh yang lama. Melihat teman-teman yang sudah punya suami dan cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang antara mereka, hati Dhiya sering tersentuh. 
Dhiya juga punya matlamat dan keinginan untuk berumahtangga dalam usia yang muda. Malah ketika menuntut di dalam ijazah pertama, beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjwab sebagai seorang isteri. Namun, benarlah kata yang sering kta dengari bahawa jodoh itu di tangan Allah. Kita hanya merancang, Allah lebih mengetahui yang terbaik dan termampu dipikul oleh setiap hambaNya. Bukanlah mudah bagi Dhiya untuk memenuhi hajat dan impiannya tatkala berdirinya dia di belakang orgtua, ayah dan ibunya yang sering dahagakan kejayaan setiap anak-anaknya itu. Dengan menghormati keputusan dan kehendak ibu bapanya, Dhiya akur untuk mengenepikan impiannya seterusnya menumpukan perhatian penuh kepada dunia akademik agar beliau berjaya bergelar graduan, hadiah buat hati tua seorg ayah dan ibu.
 Menyingkap kembali kisah pemberian harapan kepada seorang lelaki yang kini menjadi tunangannya, Dhiya mengagumi kesediaan Ahmad yang bersedia bertemu ibu dan ayah untuk meluahkan hasrat hati. Memandangkan Ahmad juga seorang penuntut universiti di Selatan tanahair dan Dhiya menuntut di Utara tanahair menjadikan ibu ayah Dhiya keberatan untuk melepaskan puteri kesayangan mereka melayari bahtera rumahtangga lantaran kedua-duanya masih berbaki dua tahun dalam pengajian. Mereka khuatir kedua-duanya tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran dan seterusnya tidak mampu menyudahkan pengajian dalam masa yang telah ditetapkan. Dhiya dan Ahmad akur atas kehendak ibu dan ayah agar kedua-duanya menamatkan pengajian terlebih dahulu. Saling berjauhan meyakinkan ibu dan ayah bahwa kedua-dua mereka dapat mengawal gelodak nafsu anak muda untuk saling ber'cinta'.

Lelaki soleh

Assalamua'laikum wbt… Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang… 
 
Gambar sekadar hiasan



1-Kuat agamanya.Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.  
3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.  
4-Amanah. Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.  
5-Tidak boros Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.  
6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.  
7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.  
8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.  
9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab  
10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya…"



Diari Cintaku

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat juga saya membina blog ini walaupun sgt simple sbb masih dlm proses belajar dan 'explore'. Setelah sekian lama berfikir-fikir untuk membina dan memiliki blog sendiri, pada tanggal 28Mei, 2011 saya diberi ruang, kesempatan, peluang dan waktu untuk mula menceburi bidang blogger ni. hehe. (ayat persis seorang artis yang namanya bru melonjak naik di dlm bidang seni.)
Saya sangat sukakan dunia penulisan, tidak kira sama ada penulisan ilmiah mahupun penulisan kreatif. Di sini, saya berharap kita dapat sama-sama berkongsi bakat dan ilmu. Harapan saya, moga tiada timbul isu-isu bahawa pemilik blog ini seorang yang jiwang, @ jiwa2. Saya hanya ingin berkongsi minat, pengetahuan bersama pembaca-pembaca yang sudi berkongsi.
 Semoga perkongsian kita ini akan menambah pengetahuan kita semua dalam membina generasi berilmu pemangkin masa depan. Seperti yang kita semua maklum bahawa, ilmu merupakan sesuatu yang wajib dituntut dan memilikinya akan memberi peluang kta membina masa depan yang cerah di samping mampu membantu kita mengelakkan diri daripada menempuh sebarang kesusahan.

Di dalam satu hadith yang bermaksud "Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap Muslim". Jadi di sini, menuntut ilmu tidak semestinya secara formal dgn menuntut di sekolah-sekolah mahupun institusi. Selagi kita mahu belajar dan menerima ilmu yang disampaikan oleh orang lain, maka selagi itulah proses menuntut akan berlangsung. Luqmanul Hakim pernah berpesan, Anda akan menjadi penuntut ilmu selama mana mempelajari sesuatu ilmu. Namun, pada satu masa, apabila kamu mengatakan bahawa kamu sudah pandai tidak memerlukan guru, maka secara automatinknya, kamulah orang yang paling bodoh.. Moga kita sentiasa tergolong di dalam golongan penuntut ilmu. InsyaAllah... (>_*)

Saturday 28 May 2011

Misteri cinta

Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorg yg tak membalas cinta mu, jgnlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorg kerana cinta tak memilih utk singgah di hati seseorg.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorg yg tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi kembalikan penghormatan tu dgn cara yg ikhlas & jujur. Jgn amik kesempatan & jgnlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi dirimu. Setiap hati & prasaan mengalami kepedihan & kebahgiaan yg serupa skalipun cara kita mengendalikannya berbeza. 


Sekiranya kita bercinta dgn seseorg yg begitu menyintai diri kita & tiba2 cinta memilih utk pergi, tiada siapa yg harus di persalahkan… Relakanlah cinta tu pergi. Kerana setiap yg berlaku ada maksud yg t’sembunyi & kita akan menyedari apabila masa silih berganti. Ingatlah bahawa jgn terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa. 

Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dgn segala misteri di dlmnya apabila ia dtg mengetuk pintu hati mu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahgia… Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu.. " 


Disebalik senyuman tersimpan seribu kepahitan dan

Disebalik kepahitan terungkap sejuta penyesalan……  (*.*)

Hatimu untuk siapa?

Untuk mencapai kecemerlangan kita memerlukan hati yang bulat, begitu juga untuk bahagia, kita memerlukan hati yang satu, sama ada telah kita berikan kepada seseorang atau masih kita simpan sendiri.

Biar kepada sesiapa hati itu telah diberikan, pasti pemberian itu ikhlas sebab pulangannya serupa. Jika anda memberikan hati separuh-separuh, anda akan mendapat separuh; jika anda memberikan kesemuanya, anda akan mendapat kesemuannya semula. Cinta yang tulus memang memerlukan pengorbanan. Salah satu pengorbanan yang perlu dilakukan ialah memberikan hati. Berikanlah keseluruhan hati anda terhadap orang yang anda cintai itu, Tak usah reserve untuk orang lain, nanti anda juga mendapat sebahagian hatinya saja. Jujur, balasannya nikmat; sebaliknya curang balasannya derita. Sifir hidup ini mudah. Baik balasannya baik manakala buruk dibalas buruk. Jika anda bermain-main dengan hati, anda juga akan dipermainkan oleh hati. Jujurlah dengan hati sebab kebahagiaan kita letaknya di situ. Hati yang tidak tenang bermula daripada hati yang dicebis-cebiskan untuk diberikan kepada ramai orang, yang sebenarnya tidah berhak terhadapnya.

Hati seorang isteri seharusnya berada seratus peratus di dalam diri suaminya. Manakala hati seorang suami seharusnya berada sepenuhnya dalam diri isteri. Masing-masing tidak boleh reserve walau secebis untuk orang lain. Berbuat begitu bererti sengaja mencarik bahagia. Teori bahagia ialah memiliki sepenuh hati atau memberikannya sepenuh hati. Berada di tengah-tengah bererti sengaja menyusahkan diri dengan rasa-rasa tidak selesa.
"Hatimu untuk siapa?" Sebenarnya satu pertanyaan yang perlu ditanyakan oleh setiap orang terhadap dirinya sendiri. Benarkah hatinya telah diberikan sepenuhnya untuk orang yang berhak, atau berkecai dan kini berada di dalam diri ramai orang yang tidak sepatutnya menerima? Setiap kita memerlukan jawapan jujur sebab kedudukan hati kita hanya kita yang tahu keadaan dan statusnya. Jujurlah dalam memberikan jawapan. Kejujuran anda memang bermula daripada hati yang betul. Jika anda telah mencemamaikan hati dan selalu tidak berlaku jujur terhadapnya, anda sukar memberikan jawapan setulusnya.

Jadilah seperti serikandi tatkala membulat hati untuk berjuang. Tiada apa-apa lagi buat dirinya kecuali keseluruhan hatinya telah diberikan untuk matlamat perjuangan. Jika anda telah bergelar isteri, saatnya untuk memberikan sepenuh hati pada sang suami; biarpun dia seorang penagih, tidak bertanggungjawab, malahan curang. Sebab setelah anda merelakan diri untuk menerima seseorang keseluruhan diri anda adalah miliknya. Dia bukan suami yang baik, itu urusan dia dengan TUHAN-nya; dia bukan seorang suami yang soleh, itu urusan dia dengan TUHAN-nya; dia seorang suami yang zalim, tidak bertimbang rasa, curang, kaki perempuan, itu urusan dia dengan TUHAN-nya. Anda tidak sedikit pun akan dipertanggunjawabkan terhadap semua kekalutannya, tapi anda akan bertanggungjawab terhadap hati anda yang sewajibnya anda berikan seratus peratus pada dia.
 
"Hatimu untuk siapa?" Sebuah epilog cinta dari dua insan yang saling memerlukan. Sama ada anda merelakan ia berpindah ke insan lain, atau anda simpan sendiri itu hak anda yang tiada siapa dapat mempertikaikannya, namun sekiranya hati itu hendak diberikan kepada seseorang, biarlah seseorang itu insan yang betul kerana jika insan yang salah menerimanya, anda akan terus bersalah.

Bersangka Baik pd Perancangan Allah

Perancangan Allah mmg yg terbaik..sume org taw hal itu..tp, berapa ramay yang dapat menerima sesuatu yg berlaku dalam kehidupan itu adalah perancangan Allah.. ramai juga akan mengucap syukur pada Allah, apabila apa yg diterima dapat memberi respon positif pada hati. Tidak kiralah rasa gembira, bertuah, bahagia dan cinta. Sume akan bersyukur.

Namun, apabila sesuatu yang berlaku di dalam hidup telah memberi respon yang negatif di dalm hati, seperti perasaan sedih, benci, sayu dan pilu, maka byk persoalan2 yg akan bermain di dalam hati tanpa sedar bahawa ia boleh mebawa kta KUFUR kpd Allah..

Persoalan di sini, mengapa bahagia kita percaya itu nikmat Allah sdgkan bila berlaku sebaliknya, kta tidak bersedia menrima ia juga ketetapan dan nikmat Allah. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup kta adalah aturan dari Allah selayak dengan kemampuan kta.. ;))


~Selamat mencari cinta hakiki~