Sunday 29 May 2011

Diari Cintaku

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat juga saya membina blog ini walaupun sgt simple sbb masih dlm proses belajar dan 'explore'. Setelah sekian lama berfikir-fikir untuk membina dan memiliki blog sendiri, pada tanggal 28Mei, 2011 saya diberi ruang, kesempatan, peluang dan waktu untuk mula menceburi bidang blogger ni. hehe. (ayat persis seorang artis yang namanya bru melonjak naik di dlm bidang seni.)
Saya sangat sukakan dunia penulisan, tidak kira sama ada penulisan ilmiah mahupun penulisan kreatif. Di sini, saya berharap kita dapat sama-sama berkongsi bakat dan ilmu. Harapan saya, moga tiada timbul isu-isu bahawa pemilik blog ini seorang yang jiwang, @ jiwa2. Saya hanya ingin berkongsi minat, pengetahuan bersama pembaca-pembaca yang sudi berkongsi.
 Semoga perkongsian kita ini akan menambah pengetahuan kita semua dalam membina generasi berilmu pemangkin masa depan. Seperti yang kita semua maklum bahawa, ilmu merupakan sesuatu yang wajib dituntut dan memilikinya akan memberi peluang kta membina masa depan yang cerah di samping mampu membantu kita mengelakkan diri daripada menempuh sebarang kesusahan.

Di dalam satu hadith yang bermaksud "Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap Muslim". Jadi di sini, menuntut ilmu tidak semestinya secara formal dgn menuntut di sekolah-sekolah mahupun institusi. Selagi kita mahu belajar dan menerima ilmu yang disampaikan oleh orang lain, maka selagi itulah proses menuntut akan berlangsung. Luqmanul Hakim pernah berpesan, Anda akan menjadi penuntut ilmu selama mana mempelajari sesuatu ilmu. Namun, pada satu masa, apabila kamu mengatakan bahawa kamu sudah pandai tidak memerlukan guru, maka secara automatinknya, kamulah orang yang paling bodoh.. Moga kita sentiasa tergolong di dalam golongan penuntut ilmu. InsyaAllah... (>_*)

No comments:

Post a Comment