Sunday 29 May 2011

Ujian dalam Khitbah @ Rezeki selepas Kahwin??! (Epi. 1)

Saya punya seorang teman dan sahabat yang sangat saya sayangi. Dia boleh saya namakan sebagai Dhiya. Dhiya seorang teman yang sangat cekal dalam perkiraan saya. Dhiya banyak berkongsi kisah suka duka bersama saya. Di sebalik perkongsian Dhiya dgn saya, terselit rasa kagum di hati melihat ketabahannya mengharungi segala ujian suka dan duka di dalam kehidupannya dalam usaha melontarkan cintanya pada yang hak, yakni kepada seorg lelaki bernama suami.
Ya, sehingga kini Dhiya masih bergelar tunangan. Hampir 2 tahun usia pertunangan mereka. Tidak siapa menduga baik di pihak Dhiya mahupun tunangannya bahwa mreka akan dikhitbah lebih dari setahun dan kini telah mencecah usia 2 tahun. Tidak pernah terlintas d hati Dhiya untuk hidup membujang dalam tempoh yang lama. Melihat teman-teman yang sudah punya suami dan cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang antara mereka, hati Dhiya sering tersentuh. 
Dhiya juga punya matlamat dan keinginan untuk berumahtangga dalam usia yang muda. Malah ketika menuntut di dalam ijazah pertama, beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjwab sebagai seorang isteri. Namun, benarlah kata yang sering kta dengari bahawa jodoh itu di tangan Allah. Kita hanya merancang, Allah lebih mengetahui yang terbaik dan termampu dipikul oleh setiap hambaNya. Bukanlah mudah bagi Dhiya untuk memenuhi hajat dan impiannya tatkala berdirinya dia di belakang orgtua, ayah dan ibunya yang sering dahagakan kejayaan setiap anak-anaknya itu. Dengan menghormati keputusan dan kehendak ibu bapanya, Dhiya akur untuk mengenepikan impiannya seterusnya menumpukan perhatian penuh kepada dunia akademik agar beliau berjaya bergelar graduan, hadiah buat hati tua seorg ayah dan ibu.
 Menyingkap kembali kisah pemberian harapan kepada seorang lelaki yang kini menjadi tunangannya, Dhiya mengagumi kesediaan Ahmad yang bersedia bertemu ibu dan ayah untuk meluahkan hasrat hati. Memandangkan Ahmad juga seorang penuntut universiti di Selatan tanahair dan Dhiya menuntut di Utara tanahair menjadikan ibu ayah Dhiya keberatan untuk melepaskan puteri kesayangan mereka melayari bahtera rumahtangga lantaran kedua-duanya masih berbaki dua tahun dalam pengajian. Mereka khuatir kedua-duanya tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran dan seterusnya tidak mampu menyudahkan pengajian dalam masa yang telah ditetapkan. Dhiya dan Ahmad akur atas kehendak ibu dan ayah agar kedua-duanya menamatkan pengajian terlebih dahulu. Saling berjauhan meyakinkan ibu dan ayah bahwa kedua-dua mereka dapat mengawal gelodak nafsu anak muda untuk saling ber'cinta'.

No comments:

Post a Comment