Tuesday 17 November 2015

Happy World Prematurity Day 2015

Kami bertiga ingin mengucapkan;

Selamat Hari Pramatang Sedunia (17 Nov)

Hadi ex-premie genap 2y9m hari ini (17 Feb 2013). Dilahirkan dengan berat 900 gram pada usia kandungan 28 minggu, kini sudah mampu tersenyum riang di samping adik-adik tersayang. Lincah dan aktif, kadang-kadang menerima cubitan semut api dari ummi sebab suka usik adik. Hehehe

Sunday 1 November 2015

1 November 2014

Kami Imam Muda di hati abi & ummi
Kami Ustaz Pilihan!!!
Kami anak yang soleh,
Kami anak yang baik hati...

Ustaz Ibrahim Hadi
Ustaz Ilyas Hakim

Friday 30 October 2015

Anak, Anugerah Dia!

Senyumanmu mendamaikan rasa,
Harumanmu semerbak aroma,
Tawamu bisa menenangkan jiwa,
Kau anak syurga,
Kau Anugerah Dia!

Alhamdulillah...
Hadirmu penyembuh luka,
Hadirmu pengubat duka,
Hadirmu membawa bahagia,
Hadirmu memadam sengsara.

#IzzuddeenHaseeb
#93days
#AnakAmanahAllah

Sunday 25 October 2015

Rahsia di sebalik NAMA

Nor Ibrahim al Hadi


Nor Ilyas al Hakim


Nor Izzuddeen Haseeb

Nor Izzuddeen Haseeb bin Nor Ismail...

99 days already! 29th July 2015 (6.17pm)

Izzuddeen - Kekuatan/kemuliaan Agama

Haseeb - Yang Mulia keturunannya

Semoga membesar dengan sihat dan Soleh!



Permata Hati ke-3 Ummi & Abi

Alhamdulillah.. Pada tanggal 29 Julai 2015 bersamaan 13 Syawal 1436H, jam 1817 lahirnya seorang lagi permata hati ummi dan abi yang ketiga. Permata hati ummi yang ketiga ini diberi nama Nor Izzuddeen Haseeb bin Nor Ismail. Haseeb  dilahirkan di Hospital Serdang dengan berat 2.88 kg.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Haseeb dilahirkan dengan ditemani abi. Abi menyambut kelahiran Haseeb. Abi menemani ummi dari awal ummi ditolak masuk ke labour room sehingga Haseeb dilahirkan, kira-kira hampir 4 jam kemudian. Ini pengalaman pertama ummi melahirkan zuriat ummi ditemani abi. Cita-cita ummi, Allah makbulkan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Tuhan yang Maha Mencipta serta Maha Pemberi Rezeki.

Thursday 22 October 2015

Kasih Ibu membawa ke syurga

Ketika saya berada di zaman kanak-kanak, banyak juga barang-barang dalam rumah yang kebanyakan secara tidak sengaja saya rosakkan. Pinggan dan gelas usah ditanya berapa kali jatuh berderai, acap kali sehingga tidak terkira. Perkara yang paling saya ingat adalah kipas angin dan radio. Apa perasaan mak ayah ketika itu ya? Saya tak tahu. Yang pasti, saya tidak pernah dipukul kerana merosakkan barang secara tidak sengaja.

Hari ini, Hadi telah membengkokkan bingkai cermin mata ini. Usah ditanya tentang perasaan. Kosong. Ya, kosong. Hanya ada, melopong! Speechless orang Melayu kata. Cermin mata yang baru ditukar beberapa bulan lalu dengan harga "kerana terpaksa", ini yang terjadi akhirnya. Mengadu pada abi, Nor Ismail. Katanya, peluk Hadi supaya hilang segala rasa. Oh, airmata sahaja yang berguguran!

Dalam tempoh 13 tahun berkaca mata, inilah kaca mata yang paling mahal wajib dibayar atas kerana masalah rabun yang agak kritikal. Walau bagaimanapun, Hadi TETAP yang lebih mahal, berharga, bernilai dan segala-galanya buat saya.

Harapan yang tertunai

Kau yang ku sayang,
Dari dulu, kini dan selama-lamanya...

Allah telah memakbulkan harapan suatu ketika dulu. Mahu punya sekurang-kurangnya 3 orang zuriat setelah usia mencecah 30 tahun. Biarpun ada beberapa impian sebelum itu tidak kesampaian, tetapi tidak mengapa. Allah tidak memberi apa yang kita minta, sebaliknya Dia memberikan apa yang kita perlu sesuai dengan kemampuan kita.

Alhamdulillah, syukur dengan apa yang ada. Yang lebih disyukuri, yang kurang diredhai. Mereka sudah bertiga, moga mereka menjadi semangat untuk meneruskan perjuangan menggenggam Ijazah Ketiga. Mereka bukan penghalang, tetapi merekalah dorongan! Aamiin...

#PewarisAlQassam
#IbrahimHadi
#IlyasHakim
#IzzuddeenHaseeb