Tuesday 8 January 2013

2013: Status yang Bakal Bertambah

Alhamdulillah.. Syukur, Ya Allah. Saya diberi ruang dan peluang untuk terus berjuang dan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifahNya di muka bumi. Jarang melawat dan mencoret sepatah dua kata dalam blog ni. Terus merujuk kepada tajuk entri ini, Ya, tahun 2013 bakal menambahkan lagi status yang saya pegang sekarang iaitu seorang anak, isteri dan pelajar. 
InsyaAllah, dalam beberapa bulan lagi saya akan memegang status baru iaitu seorang ibu. Gembira!!! Ya, sangat gembira. Impian, harapan dan cita-cita yang tersemat di dalam hati saya selama ini telah Allah makbulkan. Impian saya ingin menjadi seorang isteri, ibu dan pelajar sewaktu memgang status pelajar pra-siswazah di UUM dulu, telah Allah makbulkan ketika saya bergelar pelajar siswazah (PhD) di UKM. 
Bimbang!!! Dalam merasai nikmat bahagia dan gembira bakal bergelar ibu, tipulah jika saya mengatakan saya langsung tidak merasai kebimbangan. Bimbang tetap wujud. Bimbang jika saya tidak mampu menjalankan tanggung jawab saya sebagai seorang pelajar, isteri, ibu dan anak dengan sebaiknya. 
Semangat!!! Apapun saya perlu bersedia untuk memikul segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya. Buat anak Ummi, ummi doakan dirimu sihat sempurna dan lahirmu akan membawa sinar yang membahagiakan ummi dan walid. Sayang ummi buatmu. 
 Jauh di sudut hati Ummi, ummi mengharapkan anak ummi yang bakal lahir nanti, sihat dan sempurna. tak kurang juga comel dan hensem macam baby ini walaupun ummi tak kiut, sayang ummi. Lebih penting, anak ummi nanti mesti menjadi anak yang soleh buat ummi dan walid serta orang di sekeliling. Semoga dirimu menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Perjuangan Perlu diteruskan

Alhamdulillah... Seminggu sudah berlalu selepas entry saya yang terakhir pada minggu lalu. Minggu ini saya sangat sibuk. Walau bagaimanapun saya bahagia. Penat tetapi terubat. Inilah perjuangan yang saya pilih. Saya berusaha dan redha. :)
Pada tanggal 18 hingga 19 Jun 2012, saya terlibat sebagai sekretariat Bengkel Kajian Sosialisasi Politik di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Banyak ilmu dapat ditimba.
Pada 21 Jun 2012,  pula kelas Pemikiran Kajian Etnik yang diambil bagi semester ini membuat program 'potluck' dan majlis tukar hadiah. Program ini sebagai ganti kepada peperiksaan akhir semester yang perlu kami ambil. hehehe. Saya memberi hadiah tuala, dan rakan saya Zuhaira yang menerima hadiah tersebut. Saya pula terima hadiah tupperware dari Cik Khairul yang merupakan student pertama bagi KITA.
Hari jumaat, 22 Jun awal2 pagi saya sudah bergerak ke HUKM bersama shabat seperjuangan di medan ilmu, Nor Azmidah untuk melawat sifu saya, Dr Kartini yang terjejas kesihatannya. Sampai je kat HUKM, nurse bagitahu Dr sudah discaj hari rabu yang lepas. Pulang dengan gembira sebab Dr dah semakin sembuh dan saya 'sms' Dr. Semoga dia terus sihat di samping keluarga tercinta.