Tuesday 8 January 2013

2013: Status yang Bakal Bertambah

Alhamdulillah.. Syukur, Ya Allah. Saya diberi ruang dan peluang untuk terus berjuang dan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifahNya di muka bumi. Jarang melawat dan mencoret sepatah dua kata dalam blog ni. Terus merujuk kepada tajuk entri ini, Ya, tahun 2013 bakal menambahkan lagi status yang saya pegang sekarang iaitu seorang anak, isteri dan pelajar. 
InsyaAllah, dalam beberapa bulan lagi saya akan memegang status baru iaitu seorang ibu. Gembira!!! Ya, sangat gembira. Impian, harapan dan cita-cita yang tersemat di dalam hati saya selama ini telah Allah makbulkan. Impian saya ingin menjadi seorang isteri, ibu dan pelajar sewaktu memgang status pelajar pra-siswazah di UUM dulu, telah Allah makbulkan ketika saya bergelar pelajar siswazah (PhD) di UKM. 
Bimbang!!! Dalam merasai nikmat bahagia dan gembira bakal bergelar ibu, tipulah jika saya mengatakan saya langsung tidak merasai kebimbangan. Bimbang tetap wujud. Bimbang jika saya tidak mampu menjalankan tanggung jawab saya sebagai seorang pelajar, isteri, ibu dan anak dengan sebaiknya. 
Semangat!!! Apapun saya perlu bersedia untuk memikul segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya. Buat anak Ummi, ummi doakan dirimu sihat sempurna dan lahirmu akan membawa sinar yang membahagiakan ummi dan walid. Sayang ummi buatmu. 
 Jauh di sudut hati Ummi, ummi mengharapkan anak ummi yang bakal lahir nanti, sihat dan sempurna. tak kurang juga comel dan hensem macam baby ini walaupun ummi tak kiut, sayang ummi. Lebih penting, anak ummi nanti mesti menjadi anak yang soleh buat ummi dan walid serta orang di sekeliling. Semoga dirimu menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

1 comment:

  1. Aslkm. Emm blog kita sama nama. Salam perkenalan. Tahniah jg akal jd Ibu .oga bahagia

    ReplyDelete