Thursday 22 October 2015

Kasih Ibu membawa ke syurga

Ketika saya berada di zaman kanak-kanak, banyak juga barang-barang dalam rumah yang kebanyakan secara tidak sengaja saya rosakkan. Pinggan dan gelas usah ditanya berapa kali jatuh berderai, acap kali sehingga tidak terkira. Perkara yang paling saya ingat adalah kipas angin dan radio. Apa perasaan mak ayah ketika itu ya? Saya tak tahu. Yang pasti, saya tidak pernah dipukul kerana merosakkan barang secara tidak sengaja.

Hari ini, Hadi telah membengkokkan bingkai cermin mata ini. Usah ditanya tentang perasaan. Kosong. Ya, kosong. Hanya ada, melopong! Speechless orang Melayu kata. Cermin mata yang baru ditukar beberapa bulan lalu dengan harga "kerana terpaksa", ini yang terjadi akhirnya. Mengadu pada abi, Nor Ismail. Katanya, peluk Hadi supaya hilang segala rasa. Oh, airmata sahaja yang berguguran!

Dalam tempoh 13 tahun berkaca mata, inilah kaca mata yang paling mahal wajib dibayar atas kerana masalah rabun yang agak kritikal. Walau bagaimanapun, Hadi TETAP yang lebih mahal, berharga, bernilai dan segala-galanya buat saya.

No comments:

Post a Comment