Monday 15 September 2014

Blog Yang Bersawang

Sungguh lama tidak update blog ni. Post terakhir adalah ketika Hadi 6 bulan di dalam kandungan dan kini Hadi sudah pun berusia 1 tahun 7 bulan dan telah pun mempunyai seorang adik yang berusia 6 bulan.
Sudah banyak perkara yang dulu tiada kini ada. Hampir dua tahun blog ini tidak aktif, macam-macam perkara suka dan duka telah dilalui. Terutamanya ketika detik menyambut kelahiran Hadi yang mencemaskan dan juga detik menyambut kelahiran Hakim yang bahagia bercampur rasa. Geram. Sedih. Kecewa. Suka dan duka. Alhamdulillah, walau apa yang telah dilalui tetapi kini Hadi dan Hakim kini sudah berada di dalam dakapan dan sinar kebahagiaan itu sering menyinari keluarga.

1. Gambar ketika Hakim di Hospital Ipoh
2. Umur Hakim 7 hari.

Hadi dan Hakim memakai baju yang menjadi hadiah perkahwinan ummi dan abi


Hakim selepas bercukur, lebih kurang tiga minggu umurnya.


Hadi ketika berusia 7 bulan c.a 4 bulan. jadi maskot nyamuk aedes, 
"Tiada aedes, tiada denggi"

No comments:

Post a Comment