Tuesday 12 January 2016

Bukan isteri sempurna...

Catatan khas buat suamiku

Abang,..
Hari ini tanggal 12 Januari 2016,
Maka sudah lebih empat tahun kita melayari bahtera rumahtangga.
Dalam tempoh ini, banyak sudah suka duka, senyum tawa, susah senang kita lalui bersama.
Terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana sabar dengan ayang. Terima kasih kerana sudi melayani kerenah ayang yang pelbagai.

Abang,
Andai hari ini abang perlu ke rumah dan ayang menyambut abang dengan wajah yang masam mencuka,
Andai hari ini tubuh ayang tidak lagi semerbak dulu,
Andai hari ini rambut ayang tidak lagi serapi dulu,
Andai hari ini tenaga ayang tidak segagah dulu,
MAAFKAN ayang.

No comments:

Post a Comment