Tuesday 14 October 2014

Ujian yang tidak diundang!!!

Benarlah, hidup tanpa ujian bukanlah apa-apa. Bagaimana keimanan seseorang hamba boleh diuji jika tiada ujian yang diterima.

Tepat jam 7.30 pagi pada tanggal 14 Oktober 2014, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kehilangan motosikal yang menjadi kenderaan utama 'abi' untuk mencari rezeki. Tinggal dan menetap di kota metropolitan, motosikal adalah kenderaan yang sangat mudah dan praktikal digunakan untuk urusan mencari rezeki atau dalam bahasa mudahnya untuk pergi ke tempat kerja. Lebih satu tahun abi tidak mempunyai kerja tetap sepenuh masa. Dalam tempoh itu abi hanya menyara kami satu keluarga dengan pendapatan partime yang dikerjakannya.

Hari ini abi akan mula melapor diri sebagai pekerja sepenuh masa mengikut waktu pejabat di cawangan Ar Rahnu Exchange, Bandar Permaisuri. Namun, kehilangan motosikal yang menjadi pengangkutan utama untuk bekerja telah menyebabkan abi terpaksa menangguhkan urusan lapor diri kepada 15 Oktober 2014.

Sedih. Kecewa. Bengang. Geram. Semua rasa bercampur dan bersatu di dalam jiwa. Silih berganti. Apapun, tetap perlu berusaha untuk menerima ini sebagai ujian. Pahit. Kelat. Ya, bukan mudah. Sebagai hamba, ujian ini telah menimbulkan pelbagai rasa. Redha. Pasrah. Bertenang. Sebagai hamba biasa, sesekali timbul juga aura negatif dan positif dalam diri silih berganti. Yakin pada hikmah. Ya, ini ujian kami sekeluarga. Semoga ada sinar dan kemanisan kemudian hari.




Hilangnya motosikal Suzuki Belang R 150cc.. No pendaftaran WWE 755 Nov, 2011. Semoga masih ada rezeki buat kami sekeluarga. UJIAN YANG SILIH BERGANTI TANDA ALLAH SAYANG. DATANGNYA UJIAN ADALAH UJIAN KEKUATAN TAAT SETIA SANG ISTERI KEPADA SANG SUAMI. SEMOGA KASIH SAYANG ANTARA KAMI TERUS UTUH DAN KAMI AKAN BERSAMA-SAMA BERGANDINGAN TANGAN MENGHARUNGI SETIAP BADAI YANG MENDATANG.

No comments:

Post a Comment